BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 8 October 2011

Kisah ketam.

Sekarang jam menunjukkan pukul 11 pagi dan seorang lelaki melayu yang berasal dari melaka datang ke pasar kuantan untuk mencari ketam. Bila dia masuk je pasar dia nampak ada dua bakul ketam, satu bakul ketam yang ada jaring kat atasnya milik tauke cina dan satu lagi bakul ketam yang tak ada jaring milik tauke melayu. Lelaki tu berasa musykil dan terus pergi bertanya kepada tauke cina tu '' Tauke, apa pasal bakul ketam lu ada jaring yang itu tak ada? '' lalu tauke cina berkata '' Ini ketam cina, kalau satu ketam mau keluar dari bakul ini yang lain tolong tolak maa supaya ketam yang nak keluar tu boleh keluar '' lalu lelaki itu pergi pula ke tauke melayu itu dan bertanya '' Boss,  kenapa bakul ketam kau tak ada jaring bakul ketam apek tu ada jaring? '' boss tu pulak cakap '' Ni ketam melayu la, kalau sekor nak keluar yang lain tarik balik ketam tu supaya tak nak bagi keluar, sebab tu aku tak letak jaring '' . Dengan rasa gembiranya lelaki itu membeli kedua-dua bakul ketam tu dan berlalu pulang.

korang dapat tangkap tak apa yang aku cuba nak sampai kan? Alhamdulilah la kalau korang semua dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan. Korang semua boleh bayangkan kan apa akan jadi pada melayu kalau kita terus bersikap macam ketam tu. Bukan aku nak sama kan kaum melayu dengan ketam, aku cuma buat adaian je supaya kita semua ni boleh bukak mata dan memperjuangkan hak kemelayuan kita. Sanggup ke korang jadi hamba dekat negara korang sendiri? Korang semua dah besar dah boleh lihat apa yang tengah terjadi pada kaum kita skarang. Siapa lagi yang nak meneraju bangsa melayu kalau bukan kita! 

0 comments: