BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 8 October 2011

Kisah ketam.

Sekarang jam menunjukkan pukul 11 pagi dan seorang lelaki melayu yang berasal dari melaka datang ke pasar kuantan untuk mencari ketam. Bila dia masuk je pasar dia nampak ada dua bakul ketam, satu bakul ketam yang ada jaring kat atasnya milik tauke cina dan satu lagi bakul ketam yang tak ada jaring milik tauke melayu. Lelaki tu berasa musykil dan terus pergi bertanya kepada tauke cina tu '' Tauke, apa pasal bakul ketam lu ada jaring yang itu tak ada? '' lalu tauke cina berkata '' Ini ketam cina, kalau satu ketam mau keluar dari bakul ini yang lain tolong tolak maa supaya ketam yang nak keluar tu boleh keluar '' lalu lelaki itu pergi pula ke tauke melayu itu dan bertanya '' Boss,  kenapa bakul ketam kau tak ada jaring bakul ketam apek tu ada jaring? '' boss tu pulak cakap '' Ni ketam melayu la, kalau sekor nak keluar yang lain tarik balik ketam tu supaya tak nak bagi keluar, sebab tu aku tak letak jaring '' . Dengan rasa gembiranya lelaki itu membeli kedua-dua bakul ketam tu dan berlalu pulang.

korang dapat tangkap tak apa yang aku cuba nak sampai kan? Alhamdulilah la kalau korang semua dapat tangkap apa yang aku nak sampaikan. Korang semua boleh bayangkan kan apa akan jadi pada melayu kalau kita terus bersikap macam ketam tu. Bukan aku nak sama kan kaum melayu dengan ketam, aku cuma buat adaian je supaya kita semua ni boleh bukak mata dan memperjuangkan hak kemelayuan kita. Sanggup ke korang jadi hamba dekat negara korang sendiri? Korang semua dah besar dah boleh lihat apa yang tengah terjadi pada kaum kita skarang. Siapa lagi yang nak meneraju bangsa melayu kalau bukan kita! 

Thursday 4 August 2011

Sibuk memanjang !

Semenjak kawan-kawan aku sambung belajar ni kan semuanya sibuk, bila call nak tanya khabar pun kadang-kadang tak sempat sebab sibuk sangat, tipu la kalau aku cakap aku tak rasa sunyi tak bosan. Hmm, dulu pergi mana-mana je ada orang teman, nak pergi toilet pun ada orang teman kan, sekarang bila semua dah buat haluan sendiri aku jalan pun sorang-sorang. Nak jalan dengan awek aku memang tak ada awek, biasa la orang tak laku. Perempuan sekarng kalau boleh nak yang anak dato, anak tan sri ! setakat orang macam aku ni orang gila pun tak pandang. Nak ajak family jalan-jalan memang TAKKKKKKKK AHHH ! sebab aku dengan family aku pun tak rapat mana jugak. Tapi tak apa la, aku harap dalam kesibukan korang tu korang tak la lupa aku. Walau macam mana pun aku tetap doa kan kejayaan korang masa akan datang. Amin :)






Time sekolah dulu ,kecik besor kecik besor je belake :')

Tuesday 12 April 2011

SUFI AR-RAYYAN

Pada tanggal 18 Mac 2011 ,aku dikejut kan khabar berita bahawa kakak sedara ku telah selamat bersalin dan mendapat bayi lelaki .perasaan aku ketika itu tersangat gembira dan tersangat bersyukur kerana yang maha esa memberi dia peluang untuk hidup di muka bumi nya ini .kepada kakak sedara ku kak ain ,tahniah muji ucap kan .semoga anak kak ain menjadi manusia yang dekat di sisi Allah .




SUFI AR-RAYYAN .





sufi ,ni pesan abang kepada kau .jaga lah nama baik mak ayah kau bila kau dh besar nanti ,masa kau kecik ni dia orang banyak berkorban demi kau .jadi lah anak yg soleh ,dengar ckp mak ayah kau .ni pesanan abang kepada kau .